Suhail dan rakan-rakannya menyertai Pertandingan Cuaca Angkasa. Mereka mengkaji perubahan yang berlaku pada matahari dan kesannya terhadap hidupan bumi. Suhail dan rakan-rakannya bertungkus-lumus membuat kajian mengenai suar matahari. Apakah yang terjadi dengan hasil kajian mereka? Adakah Suhail dan rakan-rakannya berjaya dalam Pertandingan Cuaca Angkasa?
“Data pada petang tadi ada menunjukkan perubahan besar pada graf ini. Wow, menarik ni!” Suhail tersenyum lebar. Keriangan mula membenih dalam hatinya. Dengan berita gembira itu pasti hasil kerja mereka akan lebih menarik.
“Banyak peningkatan ini … patutlah Amir buat tanda merah, Cuma dia tak tulis laporan saja. Suhail, kita nak buat sekarang ke laporan ini?’ Ammar semakin berminat.